Oleh : Dk. Hajah Naqayatul Akma Pg. Haji Ali / Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan SEA Ke-33
BANGKOK, THAILAND, Rabu, 10 Disember. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, SEA Games Federation Honorary Life President dan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bagi acara perjumpaan bersama atlet dan jurulatih.
Semasa perjumpaan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berkenan mengurniakan sabda nasihat dan motivasi kepada para atlet dan jurulatih.
Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan berangkat ke tempat penginapan wushu.